Studio Setup BCL & Bayarcash
Niraisy Digital uruskan keseluruhan setup BCL + Bayarcash dan bina borang — pembayaran, acara, tempahan, atau lead — supaya sedia digunakan dalam beberapa hari, bukan minggu.
Apa yang kami setkan
Satu studio, enam perkhidmatan. Kami setkan platform dan reka borang — anda pilih pakej dan order terus di bawah.
Setup akaun, pengaktifan kaedah pembayaran (FPX, DuitNow QR, kad, e-wallet), dan maklumat syarikat disetkan dengan betul dari hari pertama.
Halaman checkout yang kemas dan berjenama untuk satu produk atau perkhidmatan — nama, jumlah, kaedah pembayaran, resit.
Pelbagai pakej/variasi, pilihan kuantiti, upsell, dan field bersyarat — untuk merchant dengan lebih daripada satu tawaran.
Pendaftaran bergaya tiket dibina untuk acara anda — tier tiket, maklumat peserta, dan pengesahan automatik.
Pilihan slot/tarikh & masa, pilihan perkhidmatan atau bilik, dan deposit atau bayaran penuh semasa tempahan.
Borang pertanyaan/pendaftaran tanpa bayaran untuk capture lead — field yang kemas, validasi, dan notifikasi segera.
Bincang keperluan spesifik perniagaan anda dan kami sediakan sebut harga yang sesuai.
Nota: setiap pakej di atas sudah termasuk Setup & Integrasi BCL dengan Bayarcash — tiada langkah atau bayaran setup tambahan.
Cara ia berfungsi
Empat langkah, dan kebanyakan order siap dalam masa seminggu.
Akaun Bayarcash yang telah diluluskan + akaun BCL.my yang aktif — daftar kedua-dua dahulu jika belum ada.
Integrasi, kaedah pembayaran, dan maklumat syarikat disetkan dengan betul menggunakan akaun yang telah diluluskan.
Pembayaran, acara, tempahan, atau lead — dibina dan berjenama mengikut perniagaan anda, siap dalam 2–7 hari.
Hantar melalui WhatsApp, media sosial, atau website anda — mula terima bayaran. 1 pusingan pindaan disertakan.
Ini adalah payment gateway yang digunakan oleh BCL. Daftar melalui link kami dan kami uruskan selebihnya — integrasi, borang, dan reka bentuk. Sudah diluluskan, dan ada akaun BCL.my yang aktif? Terus order borang anda.
Kedua-dua akaun mesti diluluskan/aktif sebelum order — ini untuk elakkan sebarang kelewatan penghantaran.
Hasil kerja kami
Contoh sebenar setiap jenis borang, dibina di atas BCL.my.
Borang yuran bulanan dengan harga mengikut bilangan anak.
Tier harga early-bird dengan tracking peserta.
Tempahan slot masa dengan bayaran deposit.
Borang pertanyaan sebelum stok sampai.
Troli pelbagai item dengan paparan stok.
Tier derma dengan resit automatik.